Jana Pendapatan | Pembukaan sempadan Brunei 1 Ogos ini amat ditunggu

2022-07-26 0

Itu luahan Justina Laeng.

Salah seorang pengusaha kraftangan di Pusat Kfartangan Warisan Borneo Miri yang kehilangan separuh pendapatan apabila sempadan Miri-Brunei ditutup sejak pandemik COVID-19,.

Lebih memeritkan apabila melihat rakan-rakan peniaga lain terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu bertahan dalam tempoh sukar itu,.

Sehubungan itu mereka amat menanti-nantikan pembukaan sepenuhnya sempadan itu yang dijangka dilaksanakan 1 Ogos depan oleh kerajaan Brunei.